Tuesday, 29 May 2012

Hargailah Ia.

Orang lain tak dapat benda ni. Kita dapat. Orang lain tak merasa pun. Kita merasa. Orang lain tak jumpa pun benda ni. Kita jumpa. Orang lain tak dapat beli. Kita beli. Orang lain tak puas. Kita puas. Orang lain bersyukur sgt. Kita jarang bersyukur.

Cuba teka apa benda ni ? Sesuatu yang kita perlukan. Keperluan asas dalam hidup. Sesuatu yang kalau kita boleh mati tanpanya. Boleh sakit. Boleh jadi gila. Kalau kita tak jumpa benda ni satu hari, majoriti manusia mahu pun binatang, lemah tak berdaya. Fikiran pun asyik terfikirkan benda ni drpd makwe atau pakwe sendiri.

MAKANAN dan MINUMAN !


Bagi sesetengah manusia, benda ni bukan susah pun nak cari. Sebab kat tempat dia mudah dia jumpa. Tak pun, dia banyak duit and dia boleh guna duit dia untuk order ke apa ke.. Upah org lain tolong belikan ke.. Ye tak ? Tuuuu.. yang jauhhhhhhh kat sana tu. Afrika, India, Zimbabwe, Sudan, Palestin, Iraq dan banyak lagi tempat... Bagi mereka, nak jumpa air bersih pun payah subhanallah ! Apatah lagi nak jumpa makanan ! Bukan nak kata lapar. KEBULUR terus. Kita lapar. Dorang kebulur. Lain kan ? Kita yang dapat makan ubi cicah gula petang2 hari pun merungut. Tak class, tak sedap, takde khasiat, takde tu takde ni, dasar makanan zaman Jepun lah apa lah. MERUNGUT ! Padahal MAKANAN DEPAN MATA JE TU !

 [[ Btw, sy mmg suka mkn ubi rebus cicah gula pun. Sbb tu mensi kat sini. Hihi ]]



Kenapa ? Kenapa merungut ? Apa salah ubi tu ? Tatkala makanan lain takde untuk dihidangkan, ubi tu sanggup korbankan hayat dia di dalam tanah untuk direbus / digoreng semata mata nak bagi kita kenyang. Belum lg mak ayah. Dorang takde duit nak bagi kita makan ayam golek, ketam, sotong, udang.. Makanan yang mewah2. Ada setengah orang tu, berlagak ! " Err.. Sorry, I duduk London 3 tahun ni.. Perut I tak biasa lah makan nasi. I suka spaghetti. " Dah dapat nasi pun stilllllll... Haih.. :(


Kita selalu perasan ada sesetangah orang yg bwk keluarga dia pergi makan kat restoran biasa je.. Tapi anak2 dia SERONOK MCM PERGI PERGI PAVILION. Cuba bwk dorang g Pavi, agak2 mcm mana lah reaksi dorg kan dapat pijak kat tempat 6 bintang tu ? Saya yang menaip ni pun tak berapa nak mampu sangat nak g sana. Barang berjenama antarabangsa sahaja.

Ada sekali tu, saya tertengok satu episod Bersamamu TV3. Family ni memang miskin sangat. Mkn nasi hari2 lauk garam. Ya tuan tuan dan puan puan, LAUK MEREKA ADALAH GARAM. Kita ? Toksah cakap lah. Mak kita masak ikan goreng je pun kita dah bising mak malas nak masak. Lepas tu, TV3 bawak dorang g 1 restoran luar lah.. Yg ala2 Thailand Seafood tu kann.. TV3 orderkan banyak makanan untuk dorang. Saya perasan yang dorang nak sentuh makanan tu pun dorang segan sangat sangat. Makan pun tertunduk tunduk. Sampai mcm tu sekali bila dapat makan mewah. Sedih.



Ada lagi satu episod, rumah pun dorang takde. Dorang tinggal dalam 1 van buruk yang dorang jumpa kat dalam ladang kelapa sawit. Dorang kemas sikit asalkan dapat tidur dalam tu. Makan nasi tu pun seciput je. Lauk HARI HARI SIPUT BABI MASAK CILI PADI. Anak lelaki sulung dorang yang carikan kat tepi2 batu tu. Siput babi tu. Euuwww.. Kalau korang, korang nak makan ke ? Ubi rebus tak sentuh lagi lah nak makan siput babi kan ? Haha. Kesian korang ni. Bukan dorang yang kesian. Korang.

Pengalaman saya sendiri. Saya ni belajar kat Unisel. Dah sem 6 dah. Sem 6 ni sem pendek. So bila kami dah masuk Unisel, yang lain masih cuti. Kami je yang ada kat sini. Restoran, warung, kedai semua tutup. Duit ada ni tapi kedai makan haram nak bukak. Tak untung lah nak bukak kan ? Student tak ramai. Pertama kali dalam hidup. Terasa susah sangat nak jumpa makanan. Air pun harapkan air mesin tu. Masukkan RM2, dapatlah sebotol. Masa tu subhanallah.... MasyaAllah ! Kenapa ttbe rasa sempit sgt ni ? Lapar gilaa. Sampaikan kiteorg terpaksa jalan kaki pergi kampung belakang Unisel harap2 ada kedai bukak. Agak jauh lah pasar malam dia. Tak pun makan maggi.



Entri kali ni bukan nak perli atau nak tuju kat sesiapa. Saja saya buat sbb saya baru lepas makan sebenarnya ni. Then teringat kat org lain yg belum makan. Entah entah tak dapat makan. Bersyukur lah kita masih dikurniakan kesihatan, sekurang2nya mampu bernafas. Ada makan minum yang walaupun mungkin tak cukup tapi badan kita tak melidi. Kepada sesiapa yang rasa dia gemuk tu, bersyukurlah badan anda sihat. Nampak sgt anda cukup makan dan minum. Jangan lupa ucapkan ALHAMDULILLAH ya ? Untuk segala yang Allah dah bagi kat kita. Baik atau buruk. Ada hikmahnya.

" Lebih baik kita tak makan daripada makan makanan yang halal tapi dari sumber yang haram. Renung-renungkan dan selamat beramal "



No comments:

Post a Comment